Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan lima akujanji yang bakal dilaksanakan di parlimen itu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Katanya, akujanji itu membabitkan perancangan dalam membangunkan kawasan Ayer Hitam, Yong Peng dan sekitarnya secara berterusan bagi tempoh lima tahun.